SMART IQ

Sekolah Menengah Arab Tahfiz Ibn Al-Qayyim(SMART IQ) merupakan sebuah projek pembangunan insan di bawah kelolaan Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia(IQ Malaysia).

MISI & VISI

Misi = Menyediakan pelajar-pelajar sekolah menengah yang seimbang antara deeniyah dan akademik.

Visi = Menjadi institusi yang melahirkan modal insan muslim yang berketerampilan dari sudut ilmu duniawi dan ukhrawi untuk mengisi ruang dakwah pada masa depan.

Peneraju SMART IQ

Sohibus Samahah Prof.
Dato' Arif Perkasa
Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin

Mufti Negeri Perlis
Penasihat IQ Malaysia

“Apabila melihat para pelajar SMART IQ bersungguh-sungguh menghafal al-Quran dan juga menghafal Hadis menjadikan jiwa saya kembali selesa dan bahagia. Kesungguhan mereka dalam pengajian dan amal ibadah yang berdasarkan sunnah yang diajar di sini agar menjadi generasi yang diimpikan. Semoga Allah memberikan pahala bagi setiap yang menyumbang dan berusaha menjayakan cita-cita ini.”

Sahib al-Fadhilah
Prof. Dr. Muhamad Rozaimi Ramle

AJK Fatwa Negeri Perlis
Rektor KUIPs
Pensyarah Kanan UPSI
Presiden IQ Malaysia

“Semoga dengan adanya SMART IQ ini kita dapat mewujudkan pendakwah-pendakwah Sunnah sekaligus menyemarakkan lagi Malaysia dengan pendakwah-pendakwah yang menyebarkan ilmu-ilmu Islam yang sebenar.”

Ustaz Roslee Ahmad

PK HEM SMK Jalan Paya Besar
Pengetua SMART IQ

“Selain dari subjek-subjek akademik, pelajar di sini juga mengikuti subjek-subjek deeniyyah, ditetapkan target hafazan al-Qur’an, hafazan Hadith pilihan, dilatih supaya mampu berbahasa Arab dan English, mengamalkan sunnah-sunnah harian dari sumber rujukan yang sahih, mengikuti latihan serta pertandingan ko-akademik (pidato, debat, tilawah, hafazan dll), dan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum. SMART-IQ juga didokong oleh sekumpulan tenaga pengajar berkelulusan dalam dan luar negara serta diselia oleh segolongan asatizah berkelulusan tinggi untuk memastikan tahap kualiti akademik yg mampu bersaing.”

Sijil Pelajaran Malaysia

Pelajar di SMART IQ akan menduduki peperiksaan SPM ketika mereka di tingkatan 5. Insha Allah dengan kelulusan SPM akan membolehkan mereka untuk mendapatkan tempat melanjutkan pengajian di institut pengajian tinggi dalam dan juga luar negara.

PDP Dalam & Luar Kelas

Pengajian di sini santai tetapi pelajar perlu kepada disiplin yang tinggi. Kesemua pelajar perlu mendapat markah lulus yang ditetapkan SMART IQ bagi membolehkan mereka dapat meneruskan pengajian di SMART IQ. Pencapaian pelajar dinilai berkonsepkan Penilaian Berterusan(PB). Di samping Pembelajaran Dan Pengajaran(PDP) di dalam kelas, pelajar juga didedahkan dengan pelbagai aktiviti ko-kurikulum bagi memantapkan kemahiran soft-skill terutamanya dalam komunikasi.

Moga Allah Memberkati

Antara matlamat di SMART IQ adalah untuk melahirkan pelajar yang mempunyai kualiti minda yang kritis, kreatif & inovatif agar dapat membentuk masyarakat generasi mereka di masa akan datang ke arah kebaikan dunia dan akhirat.

Waktu Pejabat

Isnin - Jumaat : 9.00am - 3.50pm
(Telefon: 7am-7pm)

Alamat SMART IQ

Sek. Men. Arab Tahfiz Ibn Al-Qayyim,
458-B Mukim 18 Mengkuang,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Phone : 0194750691
Email : [email protected]