TAJAAN AKTIVITI PERKHEMAHAN SEKOLAH 2024(MUKHAYYAM TADRIBI)
๐ BAYARAN YURAN AKTIVITI MUKHAYYAM TADRIBI 2024 ๐ Salam, Pihak Sekolah Menengah Arab Tahfiz Ibn Al…
๐ BAYARAN YURAN AKTIVITI MUKHAYYAM TADRIBI 2024
๐ Salam, Pihak Sekolah Menengah Arab Tahfiz Ibn Al Qayyim (SMART IQ) akan mengadakan Aktiviti Perkhemahan Mukhayyam Tadribi 2024. Untuk pengetahuan pihak tuan/puan, program ini dijalankan melibatkan semua pelajar SMART IQ bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua pelajar tentang pembentukan jati diri, pentingnya sikap toleransi, amanah dan bertanggungjawab dalam kehidupan serta memberi peluang para pelajar keluar dari rutin harian terutama selepas peperiksaan di sekolah. Perkhemahan ini akan diadakan SELEPAS PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2024 seperti ketetapan berikut :
๐
Tarikh : 25, 26 & 27 Ogos 2024
๐ฐ๏ธHari : Ahad, Isnin & Selasa
๐ท๏ธ Lokasi : D’Omland, Kem Pendidikan Luar, Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah
๐ Sehubungan dengan itu, sejumlah bayaran sebanyak RM120 ditetapkan bagi setiap pelajar untuk aktiviti perkhemahan ini.
๐กUntuk makluman pihak tuan/puan juga, kos bagi menampung perbelanjaan perkhemahan ini dianggarkan sebanyak RM13,120. Kos ini merangkumi pengangkutan, penginapan, makanan dan minuman serta aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan di sana( dikendalikan oleh jurulatih-jurulatih bertauliah.)
๐ Pihak sekolah juga mengalu-alukan, sekiranya tuan/puan ingin membuat sumbangan tambahan untuk menampung baki kos berjumlah RM2920, (yang ditanggung oleh pihak sekolah selepas ditolak yuran yg dibayar oleh para waris) bagi melancarkan program yang telah dirangka.
Untuk sebarang pertanyaan, tuan / puan boleh menghubungi Ustaz Tarmizzi (Pengarah Program) di talian 013-3799131. Kerjasama daripada tuan/puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Klik untuk bayaran yuran: https://www.smartiq.edu.my/tajaanaktiviti/
Bagi waris yang telah membuat pembayaran, diminta untuk menghantar bukti pembayaran (screenshot gambar resit) kepada guru kelas mengikut tingkatan.
Bagi pembayaran yuran aktiviti, sila isikan perincian seperti berikut di ruangan yang disediakan:
- Masukkan nama pembayar pada ruangan โFirst Nameโ & โLast Nameโ yang disediakan.
- Isikan alamat emel pembayar untuk kami menghantar resit pengesahan pembayaran. Ianya bertujuan agar pembayar mudah untuk ‘track’ kembali transaksi pembayaran yang telah dibuat.
- Perincikan maklumat pembayaran pada ruangan ‘Leave a comment’ย dengan format berikut.
- Baris pertama “Nama Penuh Pelajar”
- Baris kedua “Kelas Pelajar”
- Masukkan jumlah bayaran pada ruangan yang disediakan.
- Klik โSUMBANGโ untuk meneruskan transaksi.
PELUANG MENYUMBANG DANA OPERASI SMART IQ
| Note : Pihak SMART IQ menggunakan sistem sumbangan secara online melalui toyyibPay dan telah dijamin…
| Note : Pihak SMART IQ menggunakan sistem sumbangan secara online melalui toyyibPay dan telah dijamin ketelusan sistem yang diberikan. Harap maklum kepada semua penyumbang. Jazakumullahu khayran. |
Assalamualaikum tuan/puan, kami di Sekolah Menengah Arab Tahfiz Ibn Al-Qayyim (SMART IQ) membuka ruang & peluang untuk penyumbang serta dermawan yang ingin menyumbang dana operasi SMART IQ.
Oleh itu, kami dengan rendah hati mengalu-alukan sumbangan dari para penyumbang, dermawan bagi membantu SMART IQ menampung kos perbelanjaan operasi yang mencecah RM50,000 sebulan. Sumbangan dari tuan/puan kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih dan jazaakumullah khairr ๐
PELUANG MENAJA MAKAN/MINUM PELAJAR TAHFIZ
| Note : Pihak SMART IQ menggunakan sistem sumbangan secara online melalui toyyibPay dan telah dijamin…
| Note : Pihak SMART IQ menggunakan sistem sumbangan secara online melalui toyyibPay dan telah dijamin ketelusan sistem yang diberikan. Harap maklum kepada semua penyumbang. Jazakumullahu khayran. |
Assalamualaikum tuan/puan, kami di Sekolah Menengah Arab Tahfiz Ibn Al-Qayyim (SMART IQ) membuka ruang & peluang untuk penyumbang serta dermawan yang ingin menaja makan/minum para pelajar di SMART IQ bagi tahun 2020 ini.
Para pelajar di SMART IQ disediakan 3 kali makan untuk 1 hari iaitu sarapan, makan tengah hari serta makan malam. Ianya disediakan dengan sihat di kantin SMART IQ. Untuk makluman tuan/puan penyedia makanan untuk para pelajar kami mendapat gred A dalam penilaian oleh KKM bagi Gred Kebersihan Premis Makanan.
Dari segi kos penyediaan makan/minum, ianya melibatkan kos sebanyak RM9.50 untuk 3 kali makan/minum sehari bagi seorang pelajar. Bagi bilangan semasa pelajar untuk tahun 2020 ini iaitu 72 pelajar, sebanyak kira-kira RM684 dibelanjakan untuk kos makan sehari kesemua pelajar dan kira-kira RM20,520 untuk sebulan.
Bagi keseluruhan tempoh pengajian pelajar di SMART IQ bagi setahun kos yang perlu dikeluarkan untuk menampung perbelanjaan makan/minum pelajar adalah mencecah RM200,000.
Oleh itu, kami dengan rendah hati mengalu-alukan sumbangan dari para penyumbang, dermawan bagi membantu SMART IQ menampung kos perbelanjaan ini. Sumbangan dari tuan/puan kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih dan jazaakumullah khairr ๐
YURAN PENGAJIAN SMART IQ
Para waris/penjaga/penaja pelajar-pelajar Sekolah Menengah Arab Tahfiz Ibn Al-Qayyim (SMART IQ) boleh gunakan laman ini untuk…
Para waris/penjaga/penaja pelajar-pelajar Sekolah Menengah Arab Tahfiz Ibn Al-Qayyim (SMART IQ) boleh gunakan laman ini untuk membayar yuran tahunan, yuran bulanan dan lain-lain yuran jika ada.
Semoga dengan adanya laman ini ianya memudahkan para waris/penjaga/penaja untuk membayar yuran yang dinyatakan. Dengan membayar melalui laman ini, waris/penjaga/penaja tidak lagi perlu untuk inform Pegawai Akaun SMART IQ mengenai transaksi yang telah dibuat kerana Pegawai Akaun SMART IQ akan mendapat emel notifikasi secara automatik setelah transaksi melalui laman ini selesai.
Waris/penjaga/penaja juga akan terus mendapat resit pengesahan pembayaran melalui emel yang telah diisi setelah selesai transaksi. Sekiranya masih memerlukan resit berbentuk PDF melalui whatsapp seperti sebelum ini sila maklumkan pada Pegawai Tadbir SMART IQ, Ustazah Nurain.
Tatacara membuat bayaran yuran melalui laman ini adalah seperti berikut:
- Masukkan nama pembayar pada ruangan “First Name” & “Last Name” yang disediakan.
- Isikan alamat emel pembayar untuk kami menghantar resit pengesahan pembayaran.
- Perincikan maklumat pembayaran pada ruangan ‘Leave a comment‘ dengan format berikut.
- Baris pertama “Nama Penuh Pelajar“
- Baris kedua “Perincian Bayaran” (Contohnya: Yuran Bulan April @ Yuran Tahunan @ Yuran Aktiviti PERSABA)
- Masukkan jumlah bayaran pada ruangan yang disediakan.
- Klik ‘INFAQ’ untuk meneruskan transaksi.
Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi Ustazah Nurain di nombor 0194750691 atau klik wasap.my/60194750691 untuk terus whatsapp.
Terima kasih & jazakumullah khairan katsiran.